Monday, January 28, 2008

Menukarkan skala unit kepada ukuran - Architectural dan Pandangan pelbagai arah menggunakan 'viewports'.

Menukarkan skala unit kepada ukuran - Architectural.Sekiranya skala menggunakan meter, inchi dan lain-lain perlu untuk kita menukarkan kepada 'Architectural'.
1. Klik format - unit - tukarkan dalam kotak 'type' dari 'decimal' kepada 'architectural'.
2.Pilih dalam 'insertion scale' samada inchi meter dan sebagainya.
3. Tukarkan 'drawing limit' seperti biasa.
4. View - zoom - all.


Pandangan pelbagai arah menggunakan 'viewports'.
Kita boleh menggunakan fungsi 'viewports' di dalam autoCAD untuk membahagikan skrin atau melihat lukisan dari pelbagai arah dan sudut.
Caranya :-
View - viewports - new viewports.


Pilihlah beberapa pecahan skrin yang perlu untuk lukisan anda.
Contohnya.
Untuk pecahan 3 skrin - pilih - 'three right'.
Untuk melihat sudut tertentu - klik di satu skrin dan klik - view - 3Dview - pilih samada top, bottom left...dan isometric (untuk pandangan sudut secara 3D).
Sekiranya anda memilih 'three right' - pilihlah pandangan berbeza iaitu skrin pertama untuk 'top view'/ pandangan atas (ini adalah secara default), skrin kanan untuk 'SW isometric', dan screen bawah untuk 'front view' (pandangan sudut depan).